10 Perkara Terbaik Yang Berlaku Kepada Saya Sepanjang 2019

Written by Iffat Salleh

On 01/01/2020

Yeah, tahun 2020 sudah menjelma dan semua orang membayangkan kereta terbang 😒

Yang paling penting untuk 2020 ialah Alhamdulillah syukur saya masih hidup dan masih sihat untuk meneruskan usaha-usaha membina bisnes dan mendapatkan money freedom (jauh lagi, hutang banyak lagi ni 😂)

Sepanjang tahun 2019, saya dah melalui banyak perkara yang menggembirakan. Sedih tu comfirm ada tapi lets focus more on the happy things.

Jadi ini ialah 10 perkara terbaik yang berlaku kepada saya sepanjang 2019.

 

1. YAASIN & WAQIAH 360 HARI

Bermula dari awal 1 Januari 2019, saya sudah bertekad untuk pastikan saya akan sediakan 15 minit selepas subuh setiap hari untuk baca 2 surah tunjang kehidupan iaitu Yaasin & Al-waqiah. Dua surah ni akan jadi pendinding harian & penarik rezeki. Kenapa 360 hari sahaja?

Sebab hanya 5 hari yang tertinggal, reason dah tak sure kenapa, tapi memang hanya 5 hari je tinggal.

Masa awal-awal nak start jadikannya tabiat agak sukar. Berfikir panjang nak baca ke tak sebab dua surah ni agak panjang (83 & 96 ayat) dan ianya akan mengambil masa. Bila dah lama baca, kedua-dua surah tu rasa pendek. Baca sekejap je dah habis.

Yang lebih seronok ialah my wife pun ikut tabiat yang sama tanpa disuruh 😍

 

2. NEW PROGRAMMER DARI INDIA

Pada tahun 2018 saya kena scam 2 kali dengan programmer luar negara. Seorang dari India dan seorang dari Rusia. Sakit hati memang tak terkata masa tu. Namun ianya terubat apabila saya ditakdirkan bertemu dengan programmer yang juga dari India untuk hasilkan satu software PC based untuk membantu usahawan ecommerce mendapatkan produk & supplier dengan mudah, Ecomdiver.

Masa nak launch Ecomdiver ni agak takut kerana ianya memerlukan support penuh daripada programmer. Risau betul kena scam sekali lagi. Bukan kecil bayar kat programmer ni, Rm10k-12k untuk buat software begini.

Namun Ecomdiver berjalan dengan baik & ianya dikemaskini sehingga sekarang (dari versi 1.0 ke versi 2.0 sekarang). Programmer ini juga jujur dan bersemangat untuk meneruskan kerja-kerja naiktaraf Ecomdiver.

 

3. ORDERSINI v2.0

Sejak 2018, saya dah hire programmer baru untuk handle Ordersini. Ordersini ialah satu platform untuk pengurusan bisnes. Nak jual produk secara online, boleh gunakan Ordersini je.

Jadi pada tahun 2019, daripada 2 orang sahaja yang menguruskan Ordersini, kami sudah tambah 2 orang lagi programmer untuk memastikan ianya berjaya dikemaskini menjadi lebih baik. Hasilnya User Interface & User experience sudah bertambah baik sekarang.

Programmer yang saya ambil juga mempunyai semangat yang sama dengan saya. Saya jangkakan Ordersini akan menjadi lebih gah pada tahun 2020.

 

4. SUPERB 2019

Ini ialah perkara yang paling menarik pada tahun 2019 iaitu menyertai Teraju SUPERB 2019. Orang lain semua bawa produk yang hebat-hebat, saya hanya bawa sistem Ordersini sahaja.

Berjaya melangkah ke separuh akhir tetapi terkandas untuk ke final. Walaupun gagal di situ, ianya memberi perspektif baharu dalam dunia startup. Sesi bootcamp yang dijalankan juga memberikan ilmu baharu untuk menbina pitch deck & menyampaikan pitching dengan baik.

Perkara yang paling terkesan kepada saya sepanjang program SUPERB 2019 ialah

“Produk yang kita bawa ni biasa-biasa sahaja, ada lagi produk yang 10 kali ganda lebih hebat”

Buktinya ialah 26 pemenang SUPERB 2019 semuanya mempunyai produk & idea yang sangat hebat. Semuanya out of the box dan mereka memang layak untuk menerima dana tersebut.

 

5. KERJA GILA UNTUK CRADLE FUND

Sebelum sertai SUPERB 2019, saya buat kerja yang lebih gila. Fly dari Sabah ke KL, keesokannya pitching di Cradle Fund jam 11 pagi, kemudian terus balik ke Sabah semula.

1 hari pergi KL ulang alik naik flight. Tu kerja yang sangat memenatkan!

Namun ianya terbalas apabila Ordersini berjaya shortlisted untuk menerima geran daripada Cradle bersama 6 startup lain. Apabila dah shortlisted, makin kerap kena ulang alik Kuala Lumpur untuk serahan dokumen dan interview.

Dapat atau tidak dana tersebut bukan penentu kejayaan Ordersini. Saya perlu pastikan Ordersini mencapai level yang lebih tinggi tahun ini dengan jualan 6 angka. Ianya satu cabaran baru untuk saya dan team Ordersini bagi tahun 2020!

 

6. PENULISAN VIRAL TWITTER

Tahun 2019 saya mula aktif semula di twitter. Akaun twitter buka masa belajar dulu tahun 2011-2012, tapi tak pernah guna. Jadi tahun 2019 ni saya nak cuba penangan di twitter. Beberapa penulisan saya dah mula viral dan dimasukkan ke dalam blog viral seperti Says & The Vocket.

Ini hanyalah cubaan menulis di twitter. Penyampaian di facebook & twitter sangat berbeza, malah market segment pembaca juga berbeza. Ada juga beberapa penulisan yang viral di Facebook tetapi ianya kurang memberi impak seperti yang berlaku di twitter.

Anda boleh ikuti akaun Twitter saya IFFAT SALLEH. 

Tahun 2020 nak kena cuba viralkan di instagram pula ke? Instagram ialah salah satu platform yang paling kurang saya buka sejak ianya wujud. Tak pasti kenapa, tetapi saya yakin ianya sukar untuk viral kerana audiens di sana hanya melihat kepada kecantikan luaran. Jadi selebriti & instafamous akan lebih mudah menjadi viral.

Do i need to give it a try?

 

7. CHANNEL YOUTUBE SENDIRI

Saya buat channel youtube bukan untuk ikut orang lain jana income. Saya hanya nak berikan ilmu mengenai website & bisnes di youtube dalam bentuk video. Namun sebelum ni punya la malas nak rakam video.

Tapi masuk quarter 4 2019, saya dah tekad untuk sediakan 30 minit selepas subuh (lepas baca yaasin & waqiah) untuk hasilkan 1 video tutorial & upload terus ke youtube.

Hasilnya saya berjaya memiliki hampir 50 video di Youtube. Yang lebih menyeronokkan ialah bila subscriber pun rasa video saya membantu mereka nak buat web yang lebih cantik & dengan cara yang lebih mudah difahami. So, matlamat tercapai!.

Anda boleh subscribe channel saya di sini.

 

8. AGENSI WEB DESIGN & DEVELOPMENT

Sejak januari 2019, saya bina satu agensi web design dan menggunakan google ads sahaja untuk mendapatkan pelanggan. Hasilnya ialah saya berjaya menerima 121 tugasan untuk membina website sepanjang tahun 2019.

Jumlah ni agak banyak bagi saya yang bergantung sepenuhnya kepada google ads dan penulisan di facebook sahaja. Saya sudah masukkan beberapa contoh web design dalam portfolio, namun ianya hanya tugasan sehingga Julai sahaja. Yang lain tak sempat nak masukkan di sana.

Harga yang ditawarkan serendah Rm399 sehingga Rm3500 setiap web. Tapi client yang datang daripada Google ni selalunya harga murah antara Rm500-1200 sahaja. Walaubagaimanapun, ianya bagus untuk saya explore dunia web design dengan pengalaman yang banyak.

Anda boleh lihat portfolio penuh di laman portfolio saya.

 

9. AGENSI PENULISAN

 

Ini ialah perkara baharu bagi saya. Selepas belajar mengenai penulisan daripada pelbagai course dan panduan, akhirnya saya memulakan agensi baharu pada bulan oktober 2019. Ianya hanya untuk cuba-cuba sahaja.

Harga yang ditawarkan juga sangat murah daripada harga pasaran. Ianya merangkumi kepakaran saya dalam penulisan social media, artikel, email follow up dan sales copy.

Seminggu selepas saya buka agensi, saya berjaya menerima beberapa tempahan bernilai Rm1400+. Rupanya bidang penulisan ni pun ada potensi untuk dikembangkan tetapi agak penat kerana saya menulis seorang diri. Tahun 2020 mungkin akan mula gunakan khidmat team penulis yang saya bina sejak 2018 dan mula dapatkan lebih banyak pelanggan.

 

10. BAYAR HUTANG

Tahun 2019 juga menyaksikan saya berjaya membayar hutang-hutang kepada syarikat & individu yang disenaraikan. Walaupun ianya tidak banyak tetapi bersyukur kerana usaha saya untuk membayar hutang dipermudahkan.

Well, semua orang ada hutang, kan?

Namun nak membayar semula hutang ialah satu perkara yang sangat sukar (tengok je la hutang PTPTN tu, berapa juta orang tak bayar balik?).

Bila diberi kudrat dan kesanggupan untuk membayar hutang, ianya satu pemberian terbesar oleh Allah kepada saya. Semoga tahun 2020 ni lebih banyak hutang berjaya dilunaskan.

 

Kesimpulan- Jangan Banding Beza

Apa sahaja yang terbaik berlaku kepada saya, belum tentu ianya baik untuk anda. Setiap orang mempunyai tanggapan & interpretasi berbeza bagi terma ‘berjaya' & ‘terbaik'. Evaluasi anda tak akan sama dengan evaluasi yang dibuat oleh saya.

Tatkala saya menulis artikel ni, ada orang lain berjaya menjual sahamnya dengan nilai RM140 million. Itu mungkin kejayaan terbesar bagi dia. Kan?

Setiap orang memiliki kejayaan yang berbeza. Ada orang dapat sales Rm1000 sebulan pun dah rasa berjaya. Ada orang kena push dapatkan sales Rm100k sebulan untuk dikira sebagai berjaya. Setiap orang berbeza, ingat tu ye.

Saya berjaya dengan cara saya, anda berjaya dengan cara anda. Jangan buat banding beza apa yang berlaku kepada saya dengan kehidupan anda. Ini cuma cerita saya sepanjang tahun 2019. 

Satu perkara yang saya yakin ialah 9 pengalaman terbaik yang saya hadapi sepanjang tahun 2019 ialah disebabkan oleh nombor 1, iaitu membaca Yaasin & AlWaqiah sebagai amalan harian. Semua urusan dipermudahkan & segalanya kelihatan baik-baik sahaja untuk saya.

Tahun 2020, kena tambah lagi 1 surah amalan kot 😊

So, apa perkara menarik berlaku kepada anda sepanjang tahun 2019? Tuliskan di bahagian komen ye.

Isikan Nama & Email Anda Untuk Notifikasi Artikel Baru.



Anda Mungkin Nak Baca Ni..

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.