3 Langkah Penting Sebelum Memulakan Bisnes Dropship Yang Orang Selalu Salah Buat

Written by Iffat Salleh

On 07/09/2019

Zaman sekarang semua orang nak berniaga, nak menjual produk tetapi tak semua orang mampu nak memulakan bisnes sendiri dengan modal yang besar.

Kekurangan modal menjadi punca utama kepada 85% peniaga awal (newbie) akan menyerah kalah seawal 1 bulan. Oleh itu, sistem bisnes dropship menjadi pilihan utama kerana ianya tidak memerlukan sebarang modal untuk bermula.

Hanya perlu tahu sedikit sebanyak mengenai cara buat iklan dan buat tempahan sudah cukup untuk memulakan bisnes tersebut.

Namun begitu, masih ada yang tersilap langkah dalam menjadi ejen dropship dan akhirnya menyebabkan mereka tidak berjaya menjual produk tersebut walaupun 1 unit.

Berikut ialah 3 Langkah Penting Sebelum Memulakan Bisnes Dropship

 

1. PILIHAN NICHE

Pemilihan niche ialah perkara paling penting dalam apa jua bisnes. Kegagalan dan kesilapan memilih niche bakal melihatkan bisnes anda tidak boleh berkembang.

Anda perlu pilih niche yang mempunyai permintaan dan pasaran yang besar supaya anda lebih mudah untuk menjual produk tersebut. Antara niche yang besar ialah niche kesihatan, kuruskan badan, bisnes, haiwan peliharaan, sukan dan sebagainya.

Pilih beberapa niche yang sesuai dan buat step kedua.

2. SEMAK TREND PEMBELIAN

Pembelian ada musimnya tersendiri, anda kena peka dengan produk dan trend pembelian yang berlaku ketika itu. Contohnya ketika bulan Ramadhan, produk yang paling mudah dijual dan menjadi trending ialah baju raya. Maka anda perlu menjual baju raya pada bulan Ramadhan.

Jangan lari daripada trend semasa dengan harapan anda mampu untuk menongkah arus. Anda tak mungkin mampu melawan arus trend tersebut dan itu akan menyebabkan kegagalan menjual produk.

Pastikan anda buat semakan trend lebih awal 3 bulan sebelum anda membuat pilihan supplier & produk yang ingin dijual. Trend juga mempunyai 2 jenis

a) Trend singkat

Trend singkat selalunya berkait dengan perayaan. Trend ni hanya akan bertahan paling lama 2 bulan sahaja, kemudian akan berkurang atau berhenti terus sehingga musim perayaan seterusnya.

b) Trend panjang

Trend yang panjang selalunya berkaitan dengan produk keperluan harian dan mempunyai demand yang tinggi pada setiap masa contohnya produk bayi & barangan rumah.

Anda boleh buat semakan trend dengan Google Trend sahaja dan ianya percuma.

Pssss, google trend ni paling tepat untuk menentukan trend semasa. Anda boleh percaya kepada result carian yang dikeluarkan oleh Google ni.

 

3. PILIH HOT PRODUK & SUPPLIER

Selepas dah dapat niche & lihat trend pembelian, fasa terakhir ialah anda perlu pilih produk yang hot dan supplier yang sesuai. Produk yang paling banyak terjual di marketplace ialah petanda produk itu mempunyai permintaan yang tinggi.

Jadi cara paling mudah untuk mendapatkan senarai produk yang paling terjual ialah dengan membuat analisis di halaman top sales category dalam setiap marketplace.

Anda boleh buat semakan produk popular di Lazada, Shopee, Qoo10 & Prestomall. Ini ialah antara 4 marketplace terbesar di Malaysia, jadi anda boleh jadikannya sebagai penanda aras (benchmark) untuk pemilihan produk yang anda boleh jual.

Pastikan anda pilih produk yang betul-betul boleh dijual. Jangan terlalu risaukan mengenai pesaing yang sudah popular di marketplace tersebut kerana anda masih boleh jual produk itu di tempat lain.

Jika produk tersebut boleh dijual dengan banyak di marketplace, maka ianya juga boleh dijual dengan mudah di tempat lain. Make sense?

CARA LEBIH MUDAH UNTUK MENCARI PRODUK HOT

Sekarang ada satu software yang sangat berguna untuk anda menyelesaikan langkah 3 (cari produk & supplier) dengan beberapa klik sahaja dikenali sebagai Ecomdiver.

Ecomdiver ialah software yang berfungsi dengan cara membaca algoritma 7 marketplace popular seluruh dunia & malaysia bagi mendapatkan senarai produk hot & supplier produk tersebut. Bukan sekadar dapat tengok produk popular, anda juga boleh dapat link kedai yang menjual produk tersebut (supplier)

Software ni akan mudahkan kerja anda buat analisis produk & supplier. Anda boleh baca info mengenai software ini di sini.

KESIMPULAN

Produk yang betul dijual kepada orang yang betul dengan offer yang betul akan membuahkan hasil yang sangat bagus. Jika salah satu dari 3 prinsip ini tidak dipatuhi, maka produk anda sukar untuk dijual walaupun ianya produk viral.

Jadi, ikuti 3 langkah paling mudah ni untuk cari produk yang bersesuaian dengan anda. Goodluck!

Ps: Jangan lupa share artikel ni supaya rakan-rakan anda juga boleh memulakan bisnes mereka dengan mudah.

Isikan Nama & Email Anda Untuk Notifikasi Artikel Baru.



Anda Mungkin Nak Baca Ni..

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.