5 Buku Wajib Baca Untuk Startup Berkembang & Profit Pada Tahun Pertama

Written by Iffat Salleh

On 12/10/2019

Kebanyakan startup tidak mampu berkembang dan meneruskan legasi selepas beberapa tahun ia dilancarkan. Malah banyak golongan programmer yang buat tech startup tidak mampu pun untuk bertahan selama 1 tahun dengan produk mereka.

Kenapa?

Ada 4 sebab utama situasi tersebut berlaku iaitu:

  1. Tiada dana yang kukuh
  2. Tidak menjana profit
  3. Tidak buat marketing
  4. Terlalu sombong (what???)

Selepas saya menaikkan nama sistem Ordersini daripada zero (almost zero la) sehingga mencecah 23,758 pengguna berdaftar, saya faham situasi tersebut memang akan dialami oleh semua startup.

Jadi, berikut ialah 5 Buku Wajib Baca Untuk Startup Berkembang & Profit Pada Tahun Pertama

#1 PROFIT FIRST – Mike Michalowicz

Buku ni akan buka minda anda tentang perakaunan. Selalunya startup akan gagal bahagian pengurusan kewangan ni kerana semuanya masih mengikut cara pengurusan akaun tradisional. 

Buku profit first ni akan tunjukkan step by step untuk buat startup anda sentiasa profit dari hari pertama ia dilancarkan dan tidak akan pernah gagal membayar tax setiap tahun.

Namun ada kekurangan dalam buku ini iaitu idea yang dinyatakan dalam buku ini masih belum dipraktikkan di Malaysia. Gerakan profit first hanya ada di luar negara sahaja buat masa ini dan agak sukar untuk cari akauntan yang memahami cara perakaunan Profit First.

Walaubagaimanapun, cara ini memang logik & boleh digubah mengikut kesesuaian sistem perakaunan di Malaysia. Anda perlu tahu setiap langkah yang diberikan & anda boleh minta akauntan anda membacanya untuk lebih faham sistem yang anda akan gunakan dalam syarikat.

 

#2 LEAN STARTUP – Eric Ries

Ini buku wajib baca untuk semua peniaga tak kira online atau offline, jual produk atau servis, semuanya perlu guna flow yang diberikan dalam buku ni untuk keluarkan produk yang paling berkualiti tinggi.

Lean startup ialah satu buku yang berjaya menghasilkan gerakan terbaru dalam dunia startup bagi menghasilkan produk terbaik untuk pelanggan.

Satu flow paling berjaya ialah MVP, iaitu bagaimana nak cipta produk yang berkualiti tinggi memenuhi permintaan pelanggan dengan cara yang lebih mudah. Method ini menjadi satu gerakan yang besar di luar negara dan ia menjadi satu fenomena baru dalam industri.

 

#3 SHORTCUT YOUR STARTUP – Courtney & Carter Reum

Buku tulisan dua beradik bekas pegawai Goldman Sachs ini akan memberikan perspektif baharu untuk anda mengharungi cabaran dalam dunia startup.

Di luar negara, 5000+ startup baharu akan muncul setiap hari dan 700+ startup akan bungkus (tutup syarikat) akibat kegagalan mereka mendapatkan dana dari pelabur. Statistik ni lebih kurang sama di Malaysia cuma angkanya lebih kecil.

Setiap hari banyak startup yang muncul & banyak juga yang tutup syarikat. Dalam buku ini akan diterangkan cara yang betul untuk naikkan dan kembangkan startup melalui pemerolehan dana atau geran yang disediakan oleh kerajaan atau VC (Venture Capital)

Lebih menarik dalam buku ini ialah mereka ceritakan secara detail apa yang dilakukan oleh syarikat startup di luar negara menaikkan jenama mereka dari zero sehingga terkenal di seluruh negara. Jika ianya sesuai dengan produk anda, anda boleh ikut step yang sama sahaja.

Recommended!

 

#4 HOW TO BE CAPITALIST WITHOUT ANY CAPITAL by Nathan Latka

Buku ni ditulis oleh Nathan Latka yang mempunyai perniagaan menjual database startup kepada VC dengan harga $5k-$20k sebulan dikenakan pada setiap VC untuk download database tersebut.

Nathan menceritakan bagaimana dia mampu membina bisnes dengan mudah walaupun tanpa sebarang bantuan kewangan tetapi hanya dengan NEGOTIATION sahaja. Jika anda merupakan startup yang total ZERO dalam kewangan, anda boleh gunakan strategi yang diajar dalam buku ini. 

Walaupun tak melibatkan sebarang transaksi kewangan, anda masih boleh miliki apa yang anda mahukan. Semuanya diterangkan melalui teknik negotiation dalam buku ini.

 

#5 HYPER GROWTH – David Cancel

David Cancel ialah tulang belakang kepada Hubspot & Drift. Setiap syarikat yang berada di bawah naungan David Cancel pasti akan berjaya mendapatkan lebih banyak pelanggan disebabkan oleh pendekatan yang digunakannya iaitu Customer-Driven model.

Buku ni akan mengajar startup supaya tidak sombong!

Kebanyakan startup sangat sukar untuk dihubungi, malah jika ada sebarang aduan dibuat, ianya tidak diselesaikan dengan segera. Hal ini menyebabkan pengguna mula tidak sukakan situasi tersebut & berpindah ke produk pesaing.

Jadi, dalam buku yang ringkas ini ditunjukkan cara yang digunapakai oleh pasukan Drift untuk menjaga hubungan baik dengan pengguna mereka. Bagaimana mereka create team yang banyak hanya untuk menjaga pelanggan mereka.

Ordersini juga menggunakan model ini sejak 2017 sehingga sekarang.

KENAPA PERLU BACA?

Semua buku ni ada dijual di merata tempat. Malah dalam playbook pun ada jual versi ebook dengan harga yang sangat murah. Anda boleh pilih sama ada nak beli buku fizikal atau ebook (saya suggest buku fizikal)

Namun anda tidak boleh sekadar membeli buku sahaja tetapi anda perlu baca & fahamkannya. Buku-buku yang saya cadangkan ini ialah buku yang kritikal dalam startup. Ianya ditulis untuk memberikan satu perspektif baru kepada startup supaya boleh berkembang pada landasan yang betul.

Walaupun anda tak pernah baca buku sebelum ni, paksa juga diri anda untuk membaca. Abaikan dahulu seminar atau kelas yang mahal2, semua ilmu dalam buku yang dicadangkan ni sangat bermanfaat untuk anda.

ANOTHER BOOK!

Ada 2 lagi buku yang saya recommend untuk baca, anda boleh lihat di sini.

Saya juga ada sediakan satu group telegram untuk ahli yang suka membaca buku membuat perkongsian di sana. Boleh join kelab buku saya di sini.

Jangan lupa tinggalkan komen & share artikel ni kepada rakan anda yang mempunyai atau bakal ada startup sendiri supaya mereka tidak gagal pada tahun pertama!

Isikan Nama & Email Anda Untuk Notifikasi Artikel Baru.



Anda Mungkin Nak Baca Ni..

2 Comments

  1. Che Adnan

    Terbaik info tuan…adakah terdapat dl BM…buku tersebut tuan

    Reply
    • Iffat Salleh

      Yang saya baca semua BI. Dalam BM tak pasti ada atau tidak. Kalau berdekatan kino atau kedai buku besar, boleh cari dalam BM.

      Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.