7 Blog Niche Yang Akan Memberikan Keuntungan Kepada Anda

Written by Iffat Salleh

On 22/12/2019

Dah masuk 2020, ramai yang kata content marketing dah tak relevan. Seriously?

Untuk pengetahuan anda, seluruh dunia menggunakan Google sebagai ganti bagi perkataan ‘search'.

“Cuba kau google tengok, ada panduan dia di online”

“Jom kita Google dulu, mana tahu ada jawapan”

Pernah guna term ‘search' digantikan dengan Google?

Ya, semua jawapan ada di Google dan selagi Google masih wujud, maka selagi itulah content marketing masih relevan.

Bagi blogger, mereka akan menerima banyak trafik percuma daripada Google menggunakan keyword yang sesuai iaitu keyword yang orang akan buat carian di Google search.

Selalunya blogger di Malaysia main niche lifestyle, semua benda nak sumbat masuk dalam blog yang sama. Tak salah, cuma akan jadi caca merba dan ianya agak sukar untuk buat income kerana trafik yang datang tidak betul-betul targeted.

Untuk mendapatkan trafik yang targeted & mudah jana income melalui blog, anda perlu bina Blog Niche. Blog niche akan fokuskan semua content kepada niche tersebut sahaja. Jika anda nak jual produk berkaitan kucing, maka anda perlu buat blog niche kucing. Semua artikel mengenai kucing akan dimasukkan di blog tersebut.

Walaubagaimanapun, bukan semua blog boleh hasilkan income. Berikut ialah 7 Blog Niche Yang Akan Memberikan Keuntungan Kepada Anda

1. NEWBORN / INFANT / TODDLER

Ini ialah blog berkaitan bayi baru lahir dan anak kecil. Niche ni sangat popular di Malaysia terutamanya bagi yang kali pertama menjadi ibu. Mereka memerlukan banyak rujukan untuk menjaga anak kecil.

Perkongsian berkenaan penjagaan anak kecil akan membina kredibiliti anda sebagai seorang pakar dan mudah untuk anda jual produk berkaitan di blog tersebut seperti pakaian baby, set botol susu dan seangkatan dengannya.

2. HOME DECO

Cuba anda lihat di pinterest. Antara gambar yang paling banyak menjadi pilihan pin di board ialah gambar berkaitan home decoration. Sama juga seperti blog, ianya bakal menjadi rujukan untuk orang yang mahu mencantikkan rumah mereka.

Untuk pasaran Malaysia sendiri, anda boleh lihat group facebook yang berkaitan dengan home deco seperti Kelab Kaki Deco & Group Ninso & DIY Deko mempunyai ratusan sharing berkenaan deco setiap hari.

Niche ini ada peminat tersendiri dan anda mudah buat branding dalam niche ni. Publish artikel & sharing sahaja dalam group-group kaki deco.

Anda juga boleh menjual produk seperti wallpaper, pokok hiasan, wall shelf dan seangkatan dengannya kepada subscribers & followers blog anda.

3. PENJIMATAN

Niche penjimatan sememangnya mempunyai peminat tersendiri dan jangan terkejut jika anda menerima limpahan trafik setiap hari dalam niche ini. Hal ini kerana zaman sekarang semua orang ingin mendapatkan penjimatan.

Artikel seperti kitar semula barangan terpakai dan inovasi barang buangan akan memberikan impak kepada pembaca yang sememangnya mencari cara untuk melakukan penjimatan.

Blog seperti 5 MInutes Craft mempunyai engagement yang tinggi terutama apabila mereka mengeluarkan artikel kraf yang out of the box.

4. LIFESTYLE

Blog berkenaan lifestyle seperti yang dilakukan oleh kebanyakan blogger Malaysia juga merupakan niche blog yang boleh memberikan keuntungan berganda kerana setiap artikel boleh iklan produk berlainan.

Anda boleh hasilkan beberapa kategori berlainan dalam blog lifestyle tetapi sebaiknya tidak lebih daripada 6 kategori untuk pastikan anda mempunyai cukup masa untuk seimbangkan artikel bagi setiap kategori.

5. KESIHATAN

Peminat blog niche kesihatan selalunya akan datang daripada golongan berumur lingkungan 3050 tahun kerana golongan ini sering mendapat penyakit kritikal seperti 3 serangkai dan seangkatan dengannya.

Mereka akan mencari cara untuk mengatasi masalah tersebut dan kewujudan blog sebegini akan memberikan harapan baharu kepada mereka.

Apa sahaja yang anda jual di blog, mereka akan membeli tanpa banyak berfikir kerana mereka merasakan blog anda sudah banyak memberikan input kepada mereka.

Namun pastikan anda memberikan panduan yang betul dan tidak memudaratkan pembaca ye. jangan memandai claim artikel anda betul walaupun anda ambil dari sumber yang tidak sahih.

6. PARENTING

Ilmu parenting ialah satu niche yang sangat evergreen kerana setiap saat , akan ada pasangan berkahwin akan memiliki anak. Malah ilmu sebegini juga sering dibaca oleh pasangan yang masih dalam fasa couple.

Niche parenting ialah niche yang mudah untuk jana income tetapi anda perlukan ilmu yang betul terlebih dahulu. Jika anda ada rujukan yang berkredibiliti, ianya akan lebih memberi manfaat kepada pembaca.

7. KRAF / JAHITAN

Blog niche kraf & jahitan sangat kurang di Malaysia tetapi jangan pandang remeh dengan niche ni. Kebanyakan student universiti especially wanita sangat memerlukan ilmu berkaitan jahitan dan kraf.

Namun blog niche ini sangat mendapat perhatian di luar negara dan ada blog jahitan yang sudah menjana pendapatan sehingga $5000 sebulan melalui jualan panduan jahitan sahaja.

Kesimpulan

Blog niche dibuat bertujuan untuk kumpul subscribers atau followers yang targeted. Mereka semua mempunyai minat yang sama dan bersetuju dengan apa yang diberikan melalui blog anda.

Oleh sebab itu, blog niche sangat mudah untuk menjana income sampingan dengan slot iklan dan affiliate marketing. Anda boleh letakkan iklan produk yang bersesuaian dengan pembaca blog.

Namun untuk hasilkan blog niche ni, anda perlu kerap update blog anda supaya pelawat sentiasa masuk dan dapat baca artikel baru.

Bagi yang kurang idea mengenai artikel untuk dimasukkan dalam web,anda boleh buat automation dengan article research menggunakan Blogxpress.

Anda hanya perlu pilih keyword, sistem ini akan mencari artikel yang sesuai dan masukkan ke dalam blog anda. Anda hanya perlu review, ubahsuai content & publish sahaja.

Kerja anda akan jadi lebih mudah dengan bantuan Blogxpress. Untuk maklumat lanjut, anda boleh baca info Blogxpress di sini

 

Isikan Nama & Email Anda Untuk Notifikasi Artikel Baru.



Anda Mungkin Nak Baca Ni..

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.