Apa Risiko Jika Anda Tak Declare Cukai atau Submit Cukai Main Hentam?

Written by Iffat Salleh

On 17/04/2019

Sekarang Saya Masih Lagi Membayar RM350 Sebulan Kepada LHDN Kerana Tak Declare Cukai tahun 2014.

Baca ni sebelum anda pula yang kena.

Tahun 2013 saya submit cukai.
Tahun 2014 saya tak submit
Tahun 2015 saya submit
.

Semua main hentam. Tak ada ilmu masa tu, baru je dapat kerja kan. Tahun 2013 tu pun saya minta bantuan akauntan (sekarang hilang entah ke mana)
.
Dari 2013-2016, semuanya rilek je, hidup macam biasa tanpa gangguan LHDN.
.

Masuk 2017, dapat satu surat
“Sila kemukakan percukaian dan dokumentasi 2013-2016”
.

Pftttt, benda dah tak ada. Akaun bank pun dah tutup. Syarikat pun dah tutup. Apa yang boleh dibuat?
.

Saya pergi ke bank, print semula penyata akaun dari 2013-2016. Mahal la kena bayar, satu keping diornag caj Rm1.50 kalau tak silap.
.

Kemudian cari akauntan, 3-4 orang akauntan semua tak boleh buat. Terlalu banyak transaksi, dokumen tak cukup. Diorang buat sekerat jalan, kemudian fed up~
.


KELAS AKAUN 2017
.

Masa tu juga saya buat kelas percukaian, panggil pakar percukaian dari KL datang kedah untuk buat kelas.
.

Tak ramai join masa tu, dalam 10 orang je. Tak kisah, asalkan saya dapat ilmu cukai yang betul.
.

Selepas selesai kelas, baru la tahu apa yang perlu dibuat sebenarnya untuk cukai.
.

Tahu saja, tapi bila nak isi, tetap keliru dengan angka dan term yang digunapakai.
.

Jadi saya upah lagi akauntan lain untuk uruskan dokumen 2013-2016. Siap submit, LHDN terima dan diam untuk beberapa bulan.
.

Tiba-tiba, datang satu lagi surat kantoi “Penemuan Cukai”
.

Masa ni la saya kena bayar semula Rm4000+ kepada LHDN, disebabkan kekurangan dan kesilapan mengisi borang cukai.

 


BILA DATA ‘BERCAKAP'
.

Bila main dengan data, kita tak boleh nak lari.
.

Data tak boleh menipu.
.

Kau pusing bahagian atas, kau kantoi di bahagian bawah. Senang kata, memang kena jujur sejujurnya.
.

Kalau isi tahun 2018 dengan sedikit ‘penipuan', akan kantoi juga nanti pada tahun 2023. Tak caya?

Cuba la menipu nombor data di borang e filing, nanti tunggu 2023, insyaallah dapat surat dari lembaga berhantu ni.
.
Mereka ada semua data anda, mereka boleh tahu syarikat anda dan bisnes yang anda buat. So tak payah la lari.
.
.

BEST PRACTICES

Untuk percukaian ni, perkara paling bagus dibuat ialah:

1. Submit cukai, declare.

Tak kisah la untung ke rugi ke, declare je. Kalau declare rugi, tak kena bayar cukai.

2. Kurangkan Pelepasan Cukai

Jangan buat pelepasan lebih dari enam perkara. Kalau lebih dari 6, sistem akan trigger dan masukkan nama anda dalam waiting list untuk semakan tahunan. Yang ni selalu dapat surat 5 tahun akan datang.

3. Resit ONline

Semua resit pembelian yang anda nak claim pelepasan, sila simpan dalam bentuk gambar. Buat satu akaun gmail khas untuk anda simpan resit. Kemudian buat folder tahunan dan upload je resit ke situ setiap kali buat pembelian.

LHDN terima bukti gambar. Asalkan clean & clear. Daripada kau nak simpan resit tu 5 tahun, memang akan hilang~

==

PELEPASAN CUKAI

Dalam percukaian, ada banyak benda yang boleh dibuat untuk dapatkan pelepasan termasuk

a) Barang susuan bayi
b) Yuran taska tadika anak-anak
c) Simpanan SSPNI & KWSP
d) Insurans nyawa
e) Bil internet bulanan
f) Pembelian gajet

dan banyak lagi yang anda tak pernah tahu pun sebelum ni.

Kalau anda betul-betul nak submit cukai yang boleh dapat banyak pelepasan dan tak kantoi, anda perlu buat 2 perkara:

1. Pergi belajar percukaian, hadir la mana-mana kelas cukai. Selalunya LHDN ada provide kelas.

2. Belajar dari individu yang mahir dalam percukaian, kalau dia ada masa nak bantu anda.

3. Dapatkan mana-mana panduan berkaitan cukai. Ada banyak, search je dan pastikan yang latest sebab pelepeasan cukai selalunya berubah ikut tahun.

Salah satu boleh dapatkan yang ni

BUKU CUKAI
.
Goodluck, semoga tak kantoi  

Ps: Mujur LHDN ni boleh deal ansuran, kalau tak, kena bayar lumpsump Rm4000+ tu sakit juga poket. Bayar bulanan pun sakit, terganggu habis cashflow tahun ni.
.
Pps: Jangan biar kawan lain kantoi cukai, let them know.

Isikan Nama & Email Anda Untuk Notifikasi Artikel Baru.



Anda Mungkin Nak Baca Ni..

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.