Dari 15 Unit Ke 30,000 Unit Sebulan, Dadih & Susu Segar Marissa Kini Menguasai Pasaran Utara

Written by Iffat Salleh

On 28/11/2019

Pada tahun 2010, ketika bertugas sebagai dietition, seorang pesakitnya teringin nak makan dadih disebabkan tiada selera makan. Dia pulang ke rumah & buatkan dadih untuk pesakitnya. Dari situ bermula perniagaan dadih di bawah jenama Marissa yang menawarkan dadih dengan 4 perisa kepada pesakit di hospital.

Sepanjang tahun 2010-2013, dadih Marissa hanya diletakkan di kantin hospital dan koperasi. Bermula tahun 2014, mereka mula mengembangkan perniagaan dengan menyewa premis khas untuk menjual dadih mereka.

Bermula dengan 15 unit dadih seminggu dan hanya memproses di dapur rumah, kini syarikat Dhia Milyoun Sdn Bhd mampu mengeluarkan 30,000 unit dadih sebulan untuk dihantar kepada vendor seluruh Kedah & Perlis.

Pemilik syarikat ini, Puan Farhana juga menyertai Teraju SUPERB 2019 untuk mendapatkan dana tambahan bagi menambah pengeluaran bulanan dan meluaskan pasaran produknya ke seluruh Malaysia.

Apa Yang Best Sangat Tentang Dadih Marissa?

Siapa yang tak suka dadih, kan?

Semua orang sukakannya (kecuali ada alahan dengan susu). Dari zaman dahulu sampai sekarang, dadih la makanan paling seronok nak dimakan.

✅ Dadih dan susu makanan dan minuman tradisi yang mengandungi ramuan utama susu lembu dan diperisakan dengan perisa coklat, jagung, strawberi dan istimewa harumanis perlis

✅ Kandungan kalsium yang tinggi menjadikan pencuci mulut yang berkhasiat untuk dinikmati

✅ Minuman susu dan dadih berperisa ni pasti mengingatkan kembali nostalgia dulu dulu dimana boleh didapati waktu balik sekolah di dalam tong susu besar kat tepi jalan

✅ juga turut boleh didapati dalam bentuk serbuk dadih, hanya tambah air sahaja

✅ Disukai oleh Tun Mahathir & keluarganya (perghhh)

Saya ada bertanyakan beberapa soalan kepada pemilik produk Dadih Marissa, Puan Farhana dan berikut ialah respon beliau.

Apa Struggle Yang Dihadapi Masa Nak Start Buat Bisnes Dulu?

Struggle nak mula sebab tak tahu langsung mengenai dunia perniagaan. Main terjah masuk sahaja. Perasaan malu dan takut kena reject tu sentiasa ada. Tapi urusan jualan Dadih Marissa dipermudahkan apabila dapat berjumpa dengan owner kantin dan restoren yang memberikan peluang kepada saya untuk meletakkan produk kami di premis mereka.

Apakah Cabaran Nak Berniaga Dalam Industri F&B?

Cabaran industri Food & beverages (F&B) sekarang ni ialah terlalu banyak lambakan produk. Lambakan produk berlaku disebabkan mindset peniaga baharu yang menganggap F&B ialah industri paling mudah untuk dipelopori.

Ditambah pula dengan mindset yang salah mengenai industri F&B seperti “orang makan & minum setiap hari, industri F&B la paling senang nak buat sales”. Mindset sebegini selalunya tidak akan bertahan lama dalam industri dan produk akan cepat ‘pupus'.

Cabaran dalam industri makanan tenusu pula produk tidak boleh bertahan lebih 14 hari. Jadi kitaran produk tidak panjang dan perlu dihabiskan dengan kadar segera. Malah kami mengambil inisiatif memberikan dadih & susu yang dibuat daripada susu segar, ini membuatkan cabarannya lebih besar.

Apakah Pesanan Puan Untuk Pemain Baharu Dalam Industri F&B?

Pesanan saya kepada peniaga baharu dalam industri apa sekalipun, buat dengan bersungguh sungguh. Kena tetapkan matlamat yang ingin dicapai supaya boleh lihat perkembangan bisnes dari awal.

Yang paling penting ialah jangan takut gagal dan cuba selagi boleh sebab kalau kita tak cuba, sampai bila pun kita tak tahu level mana kita mampu pergi. Push yourself harder!

Kesimpulan

Industri F&B sememangnya dipenuhi dengan lambakan produk, namun tak banyak yang boleh bertahan lama seperti Dadih & Susu Segar Marissa (sejak 2010 woooo). Jika anda berminat untuk menceburi industri ini, sila pastikan anda bukan hasilkan produk yang viral semata-mata kerana produk viral cepat pupus.

Buatlah produk yang ada permintaan dan mudah untuk dijual. Goodluck!

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Dadih & Susu Segar Marissa boleh terus hubungi Puan Farhana di 0194524610 ataupun layari FB Dadih Marissa untuk keterangan lanjut

 

Isikan Nama & Email Anda Untuk Notifikasi Artikel Baru.



Anda Mungkin Nak Baca Ni..

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.