Elak Web Kena Hack, Ini Cara Update Theme & Plugin WordPress Secara Automatik

Written by Iffat Salleh

On 23/11/2019

Dalam website berasaskan wordpress, theme & plugin ialah perkara yang memainkan peranan penting untuk fungsi web tersebut. Segala jenis plugin ada disediakan di dalam wordpress.

Disebabkan banyak plugin free, maka pemilik laman web cenderung untuk install sebanyak mungkin plugin kononnya nak guna. Aktiviti ini merupakan satu aktiviti yang tidak sihat kepada laman web terutamanya apabila ada update daripada developer plugin tersebut.

Setiap kali keluar versi baru, theme & update perlu diupdate secepat mungkin untuk elakkan terkena hack oleh hacker. Hacker memang suka laman web yang outdated ni, senang nak kena pecah lobangnya.

Hampir 89% pemilik laman web tidak login web wordpress dengan kekerapan harian. Malah 65% pemilik web tidak pernah login pun laman web mereka untuk tujuan update version. Angka tersebut sangat tinggi dan membahayakan laman web masing-masing.

Cara Saya – Automatik Update

Disclaimer: Cara yang saya gunakan ni tak semua developer suka guna sebab update secara automatik bakal mengganggu website. Ini cara yang saya gunakan dan bukan untuk semua client.

Saya selalu install satu plugin khas untuk pastikan theme & plugin yang ada dalam web update secara automatik. Setiap kali versi baru keluar, ianya akan automatik dinaiktaraf kepada versi baharu tanpa perlu buat apa-apa.

Selepas selesai, saya akan terima notifikasi. Mudah kerja saya & client pun tak perlu lagi nak login ke web masing-masing.

Jadi saya sediakan tutorial untuk install & setup plugin automatik tersebut. Lihat video di bawah ni ye 😀

 

 

Jangan lupa share artikel & tutorial ni ye 😀

Isikan Nama & Email Anda Untuk Notifikasi Artikel Baru.



Anda Mungkin Nak Baca Ni..

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.