[EKSKLUSIF] Dari Kerugian Bisnes RM500k, Sekarang Jana 4 Angka Sebulan Konsisten. Ini Yang Saya Buat

Written by Iffat Salleh

On 22/08/2019

First of all, ini ialah cerita sebenar yang berlaku pada diri saya.

Kedua, ada ebook khas ditulis untuk anda di bawah sekali. Percuma sahaja.

Pada tahun 2014, bisnes saya jatuh. Kedai tutup, bisnes totally down, kerugian personal RM500k. Saya terduduk di ruang tamu rumah sambil memandang isteri yang memegang anak kecil.

“Apa salah kita? Kenapa kita hadapi masalah ni?” saya bertanya kepada isteri.

Mengalir air mata isteri sambil berkata “sabar, Allah uji kita. Kita kuat”

Selepas beberapa minggu menjadi orang tak ada arah tujuan di rumah, saya buat satu plan. Simple plan.

“Aku kena buat 1 website sendiri”, bisik hati.

Mujur ada pengalaman buat website pada tahun 2010, jadi boleh la nak urus sendiri pembelian domain & hosting. Jimat kos nak buat web. Saya beli domain Rm50 & hosting setahun Rm80.

Dah siap install web. Saya termenung lagi. Apa yang perlu saya buat kemudian?

Nak menulis, tak pandai menulis.

Nak menjual, tak ada apa nak dijual.

So apa perlu dibuat?

Saya belajar!

Ada beberapa tempat yang saya belajar termasuk di group telegram dan video course yang diajar oleh pengajar luar negara (mujur faham English sikit-sikit).

Jadi ini ialah senarai ilmu yang saya belajar ketika itu (ada yang free, ada yang berbayar):

  1. Email marketing
  2. Photoshop design
  3. Web design
  4. Copywriting
  5. Marketing

Kebanyakannya belajar dari blog oversea sebab orang luar negara kebanyakannya memberikan ilmu tersebut secara percuma sahaja.

RM10 PERTAMA SECARA ONLINE

Selepas beberapa bulan belajar (ya kawan-kawan, berbulan ambil masa untuk belajar dan faham), saya beranikan diri untuk buat produk yang simple iaitu ebook yang dijual dengan harga Rm10 sahaja.

Saya sediakan funnel yang sangat simple.

 

Hari pertama saya edarkan ebook percuma, saya menerima RM10 pertama masuk dalam akaun.

Walaupun ianya hanya Rm10, tetapi bagi seseorang yang sudah kerugian Rm500k sebelum ni, itu ialah nilai yang sangat besar dan ianya datang dari bisnes yang sangat simple.

Selepas selesai edaran ebook Bakat 1 Juta, menerima hampir 900 orang yang muat turun ebook tersebut dan ada 25 orang yang beli ebook Teknik Tornado. Total income dari jualan tersebut ialah Rm250.

Dan paling best ialah saya sudah pun ada 900 maklumat orang yang berminat dengan bisnes (database).

Kemudian saya terfikir,
“Kalau dengan ebook simple begini boleh jana income, apa akan berlaku kalau aku ulang buat benda ni setiap bulan? Kalau aku jual ebook yang lebih mahal?”

Anda boleh dapat ideanya?

Jadi saya ulang proses yang sama berulang kali setiap bulan. Pelbagai software saya launch, pelbagai panduan saya jual. Alhamdulillah semuanya berbaloi, dapat la merasa konsisten 4 angka setiap bulan.

Boleh bayar hutang, boleh sara hidup keluarga.

==

FINAL WORDS

Jika anda mengalami situasi yang sama seperti saya sebelum ini, maka anda juga boleh dapat hasil yang sama seperti saya sekarang.

Namun ada beberapa perkara yang perlu diambil kira.

1. Pastikan anda belajar ilmu yang betul daripada orang yang betul memahami situasi anda

2. Ianya take time, jangan mengalah terlalu awal. Cubaan kali pertama mungkin gagal, teruskan mencuba sehingga mendapat rentak

3. Keep learning. Jangan mudah berpuas hati. Laburkan wang untuk ilmu & buku berkaitan bisnes. Ianya pelaburan terbaik untuk anda

4. Mulakan dengan skala kecil, jangan terlalu besar untuk permulaan. Jika gagal, anda tidak terlalu terasa hati. Jika berjaya, alhamdulillah.

SAYA SEDIAKAN EBOOK UNTUK ANDA DOWNLOAD DI BAWAH, IANYA MUNGKIN AKAN BANTU ANDA JUAL EBOOK PERTAMA ANDA NANTI

Penerangan mengenai funnel yang saya gunakan step by step untuk jana income konsisten, sekarang anda boleh tiru step tersebut melalui ebook ini.

Download sekarang, ianya PERCUMA

* Selepas isi maklumat, sila semak email anda untuk pengesahan

Isikan Nama & Email Anda Untuk Notifikasi Artikel Baru.



Anda Mungkin Nak Baca Ni..

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.