Ini 5 Sebab Saya Gunakan Hosting Ini Sejak 2015

Written by Iffat Salleh

On 10/11/2018

Mencari hosting untuk laman web adalah perkara paling kritikal & paling penting untuk memastikan kemandirian laman web anda. Di Malaysia sahaja, terdapat lebih 40 provider web hosting yang wujud di malaysia. Ada yang sudah lama dalam servis ini seperti Exabyte, Shinjiru dan GBN.

Satu masalah paling besar yang membelenggu pemilik website ialah pemilihan hosting terbaik untuk laman web. Pemilik GempakBox (rebrand as GBNetwork) telah approach saya untuk berikan hosting yang sesuai dengan keperluan saya.

Jadi dalam artikel ni, saya terangkan 5 sebab mengapa saya gunakan provider hosting ni sejak 2015.

1. SUPPORT NEWBIE

Jika anda lihat di laman web GBN, mereka menyediakan kupon untuk anda bermula dengan harga yang lebih rendah. Anda boleh gunakan kupon tersebut untuk pembelian hosting dan menerima diskaun lifetime sebanyak 20%. So next year, anda hanya perlu renew hosting tersebut dengan harga yang sudah siap diskaun.

Anda boleh dapatkan hosting anda di GBnetwork dengan kupon diskaun 20% ni – GBSTARTUP

2. SERVIS TIPTOP

Jangan terpengaruh dengan gambar di atas. Yang ni semua provider akan beritahu benda yang sama. Namun GBN sememangnya berjaya membuktikan bahawa hosting mereka sangat mantap dari segi performance.

GBN pernah server down, pernah kena attack DDOS tetapi semua web saya tidak pernah terganggu dengan masalah tersebut. Mereka sememangnya monitor setiap hosting mereka dengan baik dan teliti. Malah jika web anda mengalami masalah, mereka akan tahu lebih awal dan akan memberitahu anda mengenai masalah tersebut sebelum muncul masalah yang lebih besar.

3. HARGA BERBALOI

Saya menggunakan dedicated server untuk uruskan semua hosting client. Malah dedicated server yang saya gunakan tidak ada dalam senarai di website. Ianya special & custom made khas untuk saya sahaja.

Jika anda lihat pada senarai harga yang dinyatakan di atas, harga yang diberikan belum termasuk diskaun 20%. Selepas diskaun, ianya akan menjadi lebih murah. Harga GBN sangat berbaloi jika nak dibandingkan dengan performance & servis mereka.

4. SUPPORT PANTAS

Web saya pernah kena hack pada tahun 2015 & 2016. Saya hanya perlu tunggu 5 minit untuk mereka selesaikan masalah tersebut selepas meminta bantuan melalui support ticket. Urusan buka support ticket juga tidak sukar, hanya perlu klik & isi borang sahaja.

Sebarang aduan atau pertanyaan juga akan dibalas dengan pantas oleh pasukan GBN. Jika anda pentingkan after sales service yang bagus, maka GBN perlu menjadi pilihan keutamaan anda. Malah GBN boleh melayan anda dalam bahasa melayu. Tak perlu nak tulis dalam English, tulis je bahasa kampung pun, mereka boleh faham & layan anda seperti biasa.

5. LAYANAN VIP

Ini mungkin bukan untuk semua orang. Sejak 2015, saya melanggan pakej shared hosting, VPS & juga dedicated server daripada GBN hanya melalui telegram. Saya tidak buat order di website. Nampak tak betapa specialnya GBN ni?

Saya tidak boleh berikan nombor telefon owner GBN kepada anda, ianya privasi. Namun kalau anda melanggan sehingga RM2000 sebulan seperti saya, anda akan dikategorikan sebagai pelanggan VVIP dan berhak mendapat layanan terus daripada owner GBN.

Serius mudah kerja, tak perlu lagi bersusah payah selidik pakej di web, saya boleh terus tanya owner GBN ni di telegram sahaja. Nak pakej apa, nak spec yang macam mana, semuanya saya boleh minta terus dengan dia. Tak percaya?

Ni buktinya

Jadi point nombor 5 ini mungkin ralat kepada anda. Jika anda pengguna baru, anda mungkin tidak dapat layanan sebegini. Anda mungkin akan dilayan sebegini oleh pemiliknya walaupun anda hanya menggunakan pakej biasa, itu pilihan mereka sendiri.

Saya dah pun menggunakan GBN sejak 2015. Berdasarkan pengalaman tersebut, saya berani recommend provider ini kepada anda.

Jangan lupa gunakan kod diskaun 20% semasa membuat pembelian hosting anda – GBSTARTUP

 

Isikan Nama & Email Anda Untuk Notifikasi Artikel Baru.



Anda Mungkin Nak Baca Ni..

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.