Toy R Us dibunuh oleh siapa? Wallmart, Amazon atau investor?
Toy R Us (TRU) dicipta oleh seorang lelaki genius berusia 25 tahun, Charles Lazarus pada tahun 1948 selepas perang dunia kedua.
Charles melihat potensi dan trend yang bakal berlaku selepas tamat perang iaitu baby boomers. Jadi dia meminjam sedikit wang dan mula menghasilkan baby furniture.
9 tahun kemudian, Charles melihat satu lagi trend yang bakal berlaku iaitu selepas kanak-kanak semakin membesar, mereka memerlukan permainan.
Melihat perkembangan yang bagus dalam niche toys, IDS (Interstate Department Store Inc) membeli jenama Toys R Us pada tahun 1966.
Toys R Us berjaya membuka 1600 store di seluruh US dan menjadi syarikat pertama yang menjadi category killer.
Category killer ni maksudnya dia jerung besar, tapau habis kedai-kedai toys yang lain dengan pelbagai variasi produk, harga yang sangat rendah, store yang banyak & marketing yang sangat agresif.
Senang kata waktu tu, siapa yang buka kedai mainan, insyaallah tutup awal. Tak boleh lawan dengan populariti Toys R Us.
—
PESAING PERTAMA
Pada tahun 1962, Wallmart dibuka.
Wallmart menjual segala jenis produk yang diperlukan oleh manusia dan mereka juga mempunyai bahagian toys. Bagaimana Toys R Us boleh terjejas?
Toys R Us menjual mainan dengan harga murah tetapi Wallmart menjual SEGALA JENIS produk dengan harga murah. So, orang berkeluarga pergi cari barang murah dan terus beli mainan di Wallmart
Kalau dah beli mainan di Wallmart, kenapa perlu pergi beli di Toys R Us?
Wallmart mengembangkan empayar mereka sehingga pada tahun 1998, mereka diisytiharkan sebagai penjual mainan terbesar di US mengalahkan Toys R Us.
Ya, Wallmart yang tak fokus pada jualan mainan pun jadi peruncit terbesar, Toys R Us pun bengang.
—
GO DIGITAL
Pada tahun 1998 juga, Toys R Us cuba masuk ke dunia online. Mereka melancarkan laman web pertama mereka namun ianya gagal.
Semua tempahan krismas gagal dihantar sebelum tarikhnya. Kegagalan tersebut memberi impak besar kepada mereka.
Namun pada tahun 1999, Toys R Us menerima dana $60Million untuk bergabung dengan Amazon bagi penjualan toys di sana dengan perjanjian eksklusif selama 10 tahun.
Toys R Us kembali menjadi peruncit terbesar di US pada tahun 2000-2001.
—
AMAZON BELOT
Amazon menerima banyak demand untuk permainan ketika era kegemilangan mereka menjadi ecommerce terbesar di dunia ketika itu.
Toys R Us gagal menghantar produk yang banyak dan itu membuatkan Amazon mencari supplier permainan lain untuk dijual dalam platform mereka.
Tindakan tersebut membuatkan Toys R Us marah dan saman Amazon. Mereka menang dengan $56Million namun ianya tidak berbaloi dengan segala kerja yang mereka da lakukan sepanjang 2 tahun bersama Amazon.
Kerjasama mereka terhenti & membuatkan Toys R Us terkapai-kapai kerana tiada platform digital yang mereka boleh gunakan.
—
BANKRUPT
Toys R Us terpaksa membuat tindakan yang lebih agresit. Mereka mula buang harga mainan dan membeli 2 jenama pembuat mainan FAO Schwartz & KB Toys.
Segala produk yang tidak laku dijual pada harga murah dan permainan yang mempunyai demand sahaja diletakkan di dalam kedai.
Pada 2005, Toys R Us dijual kepada private group diketuai oleh KKR, Baincapital & Vornado Realty. Namun pembelian tersebut dibuat secara hutang dan ianya memberi impak besar kepada kejatuhan Toys R Us.
Mereka perlu membayar hutang sebanyak $400million sebulan dan akhirnya pada tahun 2017, mereka declare bankrupt.
—
REBRANDING
Walaupun sudah declare bankrupt, namun jenama Toys R Us terlalu besar untuk dimatikan begitu sahaja.
Pemilik store Toys R Us dari pelbagai negara melakukan beberapa penambahbaikan untuk mendapatkan semula jualan mereka walaupun semua store di US telah pun ditutup.
Toys R Us diwujudkan semula sebagai TRUkids dan mula membuka beberapa store di US dengan harapan mereka mampu mengembalikan kegemilangan mereka yang dikecapi sepanjang 70 tahun lepas.
Pada tahun 2019, laman web asal Toys R Us mula menjual permainan secara online dengan bantuan platform popular target .com.
—
PENGAJARAN
1. Fokus pada 1 niche & cuba jadi category killers
2. Jangan terlalu bergantung kepada loan atau investors, ianya akan makan diri satu hari nanti.
3. Ikut peredaran zaman, jangan terlalu selesa dengan bisnes sedia ada kerana trend takkan pernah salah.
Tu je catatan nota hari ini.
Share jika bermanfaat.
0 Comments