Support BMF Sahaja Tak Cukup, Ini 5 Cara Marketing Paling Simple Untuk Bisnes Fizikal

Written by Iffat Salleh

On 16/11/2019

Sejak beberapa bulan lepas, BMF (BUMIPUTRA & MUSLIM FIRST) menjadi trending di Malaysia. Gerakan ini tercipta selepas terkesan dengan kenaikan harga barang yang berlaku kepada beberapa produk komoditi popular. Gerakan ini dijangka tidak akan kekal lama oleh beberapa pihak namun ternyata ianya satu gerakan yang memberikan kesan besar kepada harga produk di pasaran.

Dalam beberapa bulan, kelihatan harga barangan komoditi telah turun dengan mendadak sebagai tindakbalas kepada gerakan BMF ni. Walaubagaimanapun, ianya turut memberi impak negatif kepada pemilik produk & pengguna yang bertukar jenama (saya tak nak ceritakan dalam post ni).

Walaupun gerakan BMF ni memberi impak kepada penurunan harga barang, namun ada beberapa kesilapan yang dilakukan oleh pemilik produk Bumiputra Muslim iaitu mereka tidak memasarkan produk mereka dengan baik. Adakah bergantung kepada gerakan BMF sahaja boleh menjadikan produk itu mampu terjual sehingga 10-20 tahun akan datang?

Jadi saya tuliskan 5 cara marketing paling simple untuk bisnes fizikal ni untuk diambil tindakan segera oleh pemilik produk yang tergolong dalam gerakan BMF.

Sebelum tu, ingat ni!

PERSEPSI IALAH SEGALANYA

Dalam bisnes, persepsi ialah segalanya. Sebab itu kompeni besar menggunakan bajet marketing sebanyak mungkin untuk masuk iklan TV, radio, surat khabar, masuk rancangan Selamat Pagi Malaysia, masuk Goshop, buat billboard dan sebagainya. Ianya bukan sekadar iklan, ianya untuk memberikan persepsi bahawa produk mereka lebih baik berbanding produk lain di pasaran.

Jika anda lihat sebagai orang marketing, iklan sebegitu nampak biasa, ibarat tiada kesan. Namun sebagai layman atau orang biasa, kesannya sangat mendalam. Cuba bawa ibu bapa atau anak anda pergi ke Watson dan suruh pilih syampu rambut, mereka pastinya akan pilih brand yang sering keluar di televisyen.

Semua itu ialah kuasa persepsi. Semua produk yang pernah keluar dalam iklan atau rancangan TV, itu ialah produk terbaik yang ada di Malaysia. Persepsi sebegitu akan wujud dalam minda penonton. Jadi, pastikan matlamat akhir kempen marketing anda ialah untuk dapatkan sebanyak mungkin persepsi positif mengenai produk.

1. POPULARKAN DI KAWASAN SEKITAR

Perkara yang paling mudah untuk dapatkan persepsi ialah daripada penduduk di kawasan sekitar tempat anda. Jika kedai anda di Shah Alam, pastikan anda memenangi persepsi penduduk di sekitar Shah Alam terlebih dahulu. Jika anda gagal memenangi hati orang sekeliling, ianya akan lebih sukar untuk memenangi orang di luar kawasan.

Malah, anda lebih mudah nak hantar produk kepada mereka kerana kedudukan yang dekat atau mereka boleh datang ambil sendiri di kedai. Lebih jimat.

Cara nak popularkan kedai di kawasan sekitar dilakukan dengan baik oleh butik pakaian Tamma di Sabah. Dalam lingkungan radius 5km dipenuhi banner yang kelakar & tak masuk akal (maaf gambar tak ada, tapi memang saya pun tergelak sekali tengok banner Tamma ni)

Walaupun ramai orang anggap marketing tradisional ni tak berjaya kerana sukar nak dapatkan bacaan data, namun ianya masih mampu memberikan persepsi yang baik dan berterusan kepada penduduk yang melihat iklan tersebut. Jika dulu pemasaran ini dikira sangat berjaya, kenapa sekarang tak boleh berjaya?

Tips : Pasang banner sebanyak mungkin di tempat yang sibuk, persimpangan yang selalu jem, di depan hospital, depan kawasan industri, depan kawasan kilang dan di semua tempat yang ada bakal pembeli anda. Ianya bakal memberi impak segera kepada brand anda.

 

2. DAPATKAN REFERRAL / EJEN

Tatkala orang ramai menyertai gerakan BMF, ketika ini anda juga perlu ubah cara pemasaran produk. Jika sebelum ni anda hanya menghantar produk ke kedai runcit & rangkaian pasaraya terkenal, sekarang anda boleh gunakan sistem ejen untuk mempercepatkan proses jualan produk anda.

Berikan komisen yang secukupnya kepada ejen. Tak perlu buat stokis yang kompleks dan sukar untuk diuruskan, cukup sekadar lantik ejen dan mereka boleh ambil minimum 1 karton produk untuk dijual di rumah mereka sendiri. Jangan pula anda paksa mereka ambil 1 tan sebagai syarat ejen, anda yang rugi nanti apabila tak ada orang nak jadi ejen produk anda.

Jika anda berjaya dapatkan 100 ejen aktif dengan minimum 12 unit sebulan, anda sudah pun berjaya jual 1200 unit tanpa perlu menunggu kedai runcit ambil produk anda. Lebih ramai ejen, lebih mudah kerja pemasaran anda.

TIPS :  Ketika gerakan BMF ni masih aktif, ketika inilah anda perlu dapatkan seramai mungkin ejen untuk pasarkan produk anda. Gunakan kesempatan ini untuk menjual produk anda & memberikan income kepada penyokong gerakan BMF. Win-win, right?

 

3. PENJENAMAAN SEMULA

Jika produk anda sudah lama terjual di pasaran tetapi kurang sambutan, ini ialah masa untuk anda buat penjenamaan semula. Penjenamaan semula (rebranding) ni terbukti berjaya menaikkan jualan dengan rekod yang dilakukan oleh syarikat popular seperti Google, Starbuck, Lego, Fedex & Pepsi. Jika di Malaysia, jenama yang baru sahaja buat penjenamaan semula ialah Proton.

Rebranding bukan sekadar dibuat pada logo. Anda boleh buat rebranding dari pelbagai aspek antaranya:

a) logo

b) Warna

c) Packaging

d) Fungsi produk

dan sebagainya. Anda boleh ubah segalanya atau mana-mana bahagian yang dirasakan perlu sahaja. Namun untuk memberikan impak seiring dengan gerakan BMF, rebranding pakcaging akan memberikan impak yang paling besar kepada persepsi & jualan anda.

Tips :  Cuba la, tak rugi pun buat rebranding. Ianya untuk kebaikan produk & bisnes anda juga.

Btw, Ordersini juga dah melalui fasa rebranding pada awal tahun 2019 melalui perubahan logo, fungsi & user interface (packaging).

 

4. IKUT REVOLUSI DIGITAL

Dalam gerakan BMF disediakan beberapa platform untuk pembelian online melalui apps or web. Platform ini disediakan oleh beberapa pakar bidang untuk bantu pasarkan produk BMF dengan lebih efisien. Itu ialah trending sekarang.

Bisnes fizikal kurang mendapat tempat dalam era digital dan semua orang mahu buat pembelian dengan kadar segera. Mereka kurang gemar pergi beli barang di kedai, semuanya nak bayar online & tunggu barang dihantar ke rumah.

Jadi, bisnes anda juga perlu buat begitu!

Jika anda ada kedai runcit, laburkan sedikit wang untuk buat apps yang membolehkan orang buat tempahan online. Kemudian sediakan runner untuk hantar barang tersebut ke rumah pembeli. Anda tak rugi pun sebab anda boleh kenakan caj tambahan sebagai upah kepada runner. Buat apps memang akan makan wang, tetapi jika anda ikut trend, bisnes anda mungkin lebih gah selepas ini. Siapa tahu, kan?

Tips: Jika anda belum mampu buat apps, anda boleh buat website untuk produk & kedai anda. Kos lebih murah berbanding apps & masih boleh diakses melalui telefon bimbit. Pembayaran pula akan terus dibuat ke akaun syarikat. Untuk tempahan web, anda boleh lihat di sini.

 

5. SOCIAL MEDIA

Ini ialah perkara paling penting jika anda nak ikut trend & dapatkan persepsi yang bagus daripada orang ramai. Anda perlu ada akaun social media. Jika anda dah berumur dan tidak tahu nak setup semua tu, minta bantuan anak atau saudara yang tahu. Bayar sedikit upah kepada mereka untuk buka akaun & ajar anda cara gunakannya.

Tak susah pun. Semua orang ada akaun social media. Jika anda tak pasarkan produk & bisnes anda kepada pengguna media sosial, maka akan bakal ketinggalan jauh. Jangan ingat kedai runcit di kampung tak boleh buat akaun facebook, ianya mungkin membantu jika ada orang dari Kuala Lumpur pergi ke kampung anda dan nak beli barang, perkara pertama mereka akan buat ialah mencari di media sosial.

Jika kedai anda keluar dalam carian, itu rezeki anda. Jika naik kedai pesaing, siapa yang rugi?

Anda juga boleh buat iklan FB Ads untuk naikkan produk & bisnes anda kepada akaun sosial media penduduk setempat. Dalam setting FB ads, anda boleh sasarkan iklan hanya kepada penduduk setempat sahaja contohnya kedai di Shah Alam, anda boleh tunjukkan kedai anda kepada penduduk Shah Alam sahaja.

Tips: Jika anda tiada pengetahuan tentang FB Ads, anda boleh dapatkan panduan FB Ads paling simple ni untuk anda follow dan buat sekarang juga. Ianya dibuat khas untuk perniagaan fizikal, produk fizikal & khusus untuk orang yang tak pernah buat FB Ads sebelum ni (atau dah buat ads tapi tak berjaya)

 

KESIMPULAN

Mengikut trend semasa adalah sangat penting untuk apa jua jenis perniagaan. Jangan terlalu ego untuk masih kekal dengan cara lama. Anda mungkin akan ketinggalan dan perniagaan akan mati dengan lebih drastik nanti.

Zaman sekarang ni semua orang boleh buat produk sendiri dengan bajet minimum. Semua orang boleh buka kedai, semua orang boleh buat web & apps sendiri. Persaingan menjadi semakin hebat.

Dalam persiangan yang hebat tu, hanya produk terbaik akan menang. Hanya produk yang menerima lebih banyak perhatian & persepsi akan menang walaupun produk tu tak sebagus produk anda. The best product will win.

Semoga artikel panjang ni dapat memberikan perspektif berbeza dan baharu kepada anda. Jangan lupa share supaya lebih ramai peniaga dan supporter BMF menerima impak yang baik melalui pembacaan artikel ni.

Isikan Nama & Email Anda Untuk Notifikasi Artikel Baru.



Anda Mungkin Nak Baca Ni..

4 Comments

  1. Anuar

    Tips yang menarik, terutama point no. 1 dan no. 3.

    Reply
  2. Zaini

    Artikel menarik tapi ada sedikit pencerahan. BMF bermaksud Buy Muslim First.

    Reply
  3. lisa amin

    Tahniah dan terima kasih… artikel ini benar2 melegakan hari saya.

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.