Teraju Superb 2019 – Apa Yang Saya Belajar Dari Program Dana RM500k Ni?

Written by Iffat Salleh

On 09/11/2019

Program Teraju Superb kembali lagi pada tahun 2019 selepas mereka tidak buat program ni pada tahun 2018. Tahun ni saya join untuk ambil pengalaman selepas mendapat saranan daripada salah seorang pemenang Superb tahun 2015. Saranan yang diberikan oleh beliau membuatkan saya bergerak untuk submit borang.

Shares
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
  • Tumblr
  • Buffer

Yang kelakar ialah masa tu dok rasa sistem Ordersini ni antara sistem yang layak dapat dana, tetapi sama sekali tersasar jauh. Serius, program Teraju Superb ni memang program untuk peniaga elit. Bisnes kena kukuh, idea kena kreatif dan founder kena mesra rakyat jenis banyak bersembang dulu baru layak.

Ordersini ni masih belum cukup elit, biasa-biasa sahaja sebab sekarang masih dalam red ocean, belum lagi berjaya create new demand & new market segment. Maybe 2-3 tahun lagi akan jadi something new, tapi tahun 2019 not yet.

Okay, so ini beberapa yang saya belajar dari program Teraju Superb 2019 ni.

 

1. Produk Kena Gila

Ni la benda pertama yang saya tergamam ketika berjumpa dengan peserta lain dalam semi final. Sebelum join, rasa macam Ordersini ni dah power, boleh pergi jauh. Tapi bila jumpa produk lain, memang tak terjangkau dek akal. Rupanya memang betul-betul elit produk yang dibawa tahun ni. Masa tu la baru rasa Ordersini is nothing. Orang lain dah buat produk untuk level antarabangsa, idea-idea gila dah macam Elon Musk punya mentaliti pun ada.

Kalau anda nak sertai program Teraju Superb 2020, lebih baik anda prepare idea yang betul-betul ada inovasi dan kreatif. Senang kata, idea tu biar gila. Lebih gila, lebih mudah nak yakinkan juri untuk beri dana kepada anda.

 

2. Market Kena Ada Potensi Tinggi

Idea yang gila sahaja tak cukup, ia mesti something yang boleh dijual. Ini ialah requirement oleh semua investor & pemberi dana. Mereka mahu dapat semula pulangan sekurang-kurangnya 5 kali ganda dari jumlah yang diberikan, lebih bagus jika ada potensi untuk jana 10 kali ganda (10X)

Jika anda minta dana Rm500k, anda sebaiknya boleh generate sales 10 kali gandadalam masa 2-3 tahun. Jadi produk yang anda nak ketengahkan mesti ada potensi yang besar terlebih dahulu sebelum minta dana.

 

3. Market Segment Mesti Cukup Besar

Lihat kepada market segment yang betul terlebih dahulu, semakin besar saiz market, semakin besar potensi produk anda untuk dijual & diberikan dana oleh Teraju Superb. Jika anda sasarkan hanya untuk pasaran yang kecil, ianya mesti boleh dijual dengan harga yang mahal.

Contohnya begini:

Jika produk anda boleh jual kepada orang awam, produk anda boleh dijual dengan harga RM50-100 setiap satu. Tetapi jika produk anda hanya boleh dijual kepada syarikat tertentu sahaja, maka produk anda mesti boleh dijual dengan harga RM10k setiap satu.

Ada produk yang dibuat dikhaskan untuk industri oil & gas sahaja, jadi market segment produk ni sangat kecil. Produk sebegitu perlu boleh dijual dengan harga yang tinggi untuk menarik minat pelabur.

 

4. Ilmu Asas Bisnes Kena Kukuh

Buat bisnes mesti kena tahu ilmu bisnes. Kuasai ilmu asas perniagaan sangat penting untuk menjawab soalan daripada juri ketika sesi soal jawab. Soalan yang kerap ditanya selalunya berkaitan competitor & value proposition. Dua perkara ni paling penting untuk dibuat kajian mendalam supaya anda tahu produk anda boleh kekal dalam pasaran atau tidak.

Jika terlalu banyak pesaing, panel juri memang tidak akan suka dengan produk anda kerana persaingan di dunia sebenar sangat sengit. Kesukaran untuk bersaing ni membunuh 90% startup dalam masa 1 tahun. Panel juri faham situasi tersebut dan tidak akan ambil risiko untuk memberikan dana kepada produk anda.

Satu soalan yang keluar dari juri baru ni ialah :

“Kau punya produk ni dalam red ocean or blue ocean?”

Kalau anda tak ada ilmu ni, mungkin anda sukar nak menjawabnya dengan tenang. Jadi belajar & kukuhkan asas bisnes terlebih dahulu sebelum minta dana daripada mana-mana pihak berwajib especially Teraju Superb 2020 nanti.

 

5. Kena Pandai Networking

Ini juga satu perkara penting dalam program elit sebegini. Anda dahulu kena noticeable, kena banyak bercakap, kena bergaul, kena buat kawan dengan peserta lain. Jangan ego dengan produk anda, jangan bongkak, jangan rasa anda hebat. Kebanyakan yang ada rasa begini, tak lepas untuk pergi ke final. Kalau dapat ke final pun, masih tak boleh menang dana.

Shares
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
  • Tumblr
  • Buffer

6. Coachable

Are you willing to learn?

Jika ditakdirkan anda menang dana Rm500k, anda tak dapat cash Rm500k ye. Anda akan diberikan kepada agensi yang dilantik untuk memantau perkembangan bisnes anda. Selepas bisnes anda mencapai sasaran yang ditetapkan, baru anda boleh claim duit tersebut. It is not an easy task for you.

Jadi, sepanjang berada di bawah agensi, anda akan dipantau, ditegur dan dipaksa untuk capai KPI. Ketika inilah anda perlu berlapang dada untuk menerima kritikan dan belajar perkara baru daripada mereka. Hanya orang yang mampu menerima kritikan sahaja akan diberikan dana. Kalau anda tunjukkan sikap sombong, mereka akan reject anda lebih awal.

Shares
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
  • Tumblr
  • Buffer

Nak Join Teraju Superb 2020?

Dikhabarkan Teraju sudah diberikan dana untuk tahun hadapan (2020) bagi program Superb. Berkemungkinan program ini akan dijalankan lagi pada tahun hadapan dengan sasaran peserta yang lebih ramai. Peserta ramai bermaksud persaingan makin kuat. So, apa yang perlu anda buat?

STEP 1

Anda boleh mula fikirkan produk inovasi apa yang anda mahu buat untuk tahun depan. Kemudian bermula januari 2020, anda perlu hasilkan produk & mula jual di pasaran. Semua traction daripada Januari 2020-Ogos 2020 perlu direkodkan dengan teliti

a) Berapa jualan?
b) Berapa pembeli?
c) Berapa total profit?

Semua ni kena rekod dengan teliti ye kerana ianya akan ditanya ketika sesi soal jawab & diletakkan dalam pitch deck. Jika produk anda tak boleh dijual sepanjang januari – ogos, maka produk tu tak akan diberikan dana. Produk boleh jual, ada peluang dapat dana. Simple as that

STEP 2

Dah nampak potensi untuk dijual, anda boleh mula hasilkan pitch deck untuk produk dan submit ketika Teraju Superb 2020 dibuka nanti. Kalau tak ada potensi dalam 2 bulan pertama, cepat2 tukar produk lain sehingga anda jumpa produk yang berpotensi untuk dihantar kepada Teraju.

STEP 3

Berlatihlah pitch. Pitch ni agak sukar kerana anda nak yakinkan orang untuk bagi duit. Bukan suatu yang mudah, tapi pengalaman untuk belajar benda sebegini sangat berbaloi bagi bisnes & produk anda nanti. Anda boleh dapatkan rujukan di youtube mengenai pitch deck yang baik (sila cari channel Slidebean).

Salah seorang beritahu dalam sesi bootcamp “Anda kena buat lebih 200 sesi pitching untuk mula rasa selesa & tahu apa yang nak disampaikan kepada juri”

Senang kata, practices make progress until perfect.

 

Akhir kata

Semua orang boleh menang, semua produk ada potensi untuk diberikan dana dalam program sebegini. Hanya perlu berikan yang terbaik dan jangan berharap sangat kepada dana untuk bangunkan bisnes anda. Product should be a priority first, then make it feasible & bankable. Baru mudah dapat mana-mana dana yang ada di Malaysia.

Nanti saya akan kongsikan jenis produk & aspek yang dinilai untuk dapat dana dari program Teraju Superb 2020. Jangan lupa isikan nama anda dalam borang untuk dapatkan notifikasi artikel terbaru nanti.



Jangan lupa share ye, sama-sama kita belajar 😀

 

 

Isikan Nama & Email Anda Untuk Notifikasi Artikel Baru.



Anda Mungkin Nak Baca Ni..

2 Comments

  1. Avatar

    Sungguh berpotensi artikel dan ilmu yg diberikan oleh OS. Terima Kasih.. Tahniah OS dn Semoga berjaya di hari akan datang, cuba lagi grow ke level2 Antarabangsa..

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pin It on Pinterest

Shares
Share This

Jom Share Artikel Ni

Jom Share Artikel Ni Dengan Kawan Anda

Shares

Isikan Nama & Email Anda Untuk Notifikasi Artikel Baru.