{"id":235646,"date":"2020-01-01T09:39:07","date_gmt":"2020-01-01T01:39:07","guid":{"rendered":"https:\/\/iffatsalleh.com\/?p=235646"},"modified":"2020-01-01T09:47:32","modified_gmt":"2020-01-01T01:47:32","slug":"10-perkara-terbaik-yang-berlaku-kepada-saya-sepanjang-2019","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/iffatsalleh.com\/10-perkara-terbaik-yang-berlaku-kepada-saya-sepanjang-2019\/","title":{"rendered":"10 Perkara Terbaik Yang Berlaku Kepada Saya Sepanjang 2019"},"content":{"rendered":"
Yeah, tahun 2020 sudah menjelma dan semua orang membayangkan kereta terbang \ud83d\ude12<\/p>\n
Yang paling penting untuk 2020 ialah Alhamdulillah syukur saya masih hidup dan masih sihat untuk meneruskan usaha-usaha membina bisnes dan mendapatkan money freedom (jauh lagi, hutang banyak lagi ni \ud83d\ude02)<\/p>\n
Sepanjang tahun 2019, saya dah melalui banyak perkara yang menggembirakan. Sedih tu comfirm ada tapi lets focus more on the happy things.<\/p>\n
<\/p>\n
Bermula dari awal 1 Januari 2019, saya sudah bertekad untuk pastikan saya akan sediakan 15 minit selepas subuh setiap hari untuk baca 2 surah tunjang kehidupan iaitu Yaasin & Al-waqiah. Dua surah ni akan jadi pendinding harian & penarik rezeki. Kenapa 360 hari sahaja?<\/p>\n
Sebab hanya 5 hari yang tertinggal, reason dah tak sure kenapa, tapi memang hanya 5 hari je tinggal.<\/p>\n
Masa awal-awal nak start jadikannya tabiat agak sukar. Berfikir panjang nak baca ke tak sebab dua surah ni agak panjang (83 & 96 ayat) dan ianya akan mengambil masa. Bila dah lama baca, kedua-dua surah tu rasa pendek. Baca sekejap je dah habis.<\/p>\n
Yang lebih seronok ialah my wife pun ikut tabiat yang sama tanpa disuruh \ud83d\ude0d<\/p>\n
<\/p>\n
Pada tahun 2018 saya kena scam 2 kali dengan programmer luar negara. Seorang dari India dan seorang dari Rusia. Sakit hati memang tak terkata masa tu. Namun ianya terubat apabila saya ditakdirkan bertemu dengan programmer yang juga dari India untuk hasilkan satu software PC based untuk membantu usahawan ecommerce mendapatkan produk & supplier dengan mudah, Ecomdiver.<\/a><\/p>\n <\/p>\n Masa nak launch Ecomdiver ni agak takut kerana ianya memerlukan support penuh daripada programmer. Risau betul kena scam sekali lagi. Bukan kecil bayar kat programmer ni, Rm10k-12k untuk buat software begini.<\/p>\n Namun Ecomdiver berjalan dengan baik & ianya dikemaskini sehingga sekarang (dari versi 1.0 ke versi 2.0 sekarang). Programmer ini juga jujur dan bersemangat untuk meneruskan kerja-kerja naiktaraf Ecomdiver.<\/a><\/p>\n <\/p>\n Sejak 2018, saya dah hire programmer baru untuk handle Ordersini. Ordersini<\/a> ialah satu platform untuk pengurusan bisnes. Nak jual produk secara online, boleh gunakan Ordersini je.<\/p>\n <\/p>\n Jadi pada tahun 2019, daripada 2 orang sahaja yang menguruskan Ordersini, kami sudah tambah 2 orang lagi programmer untuk memastikan ianya berjaya dikemaskini menjadi lebih baik. Hasilnya User Interface & User experience sudah bertambah baik sekarang.<\/p>\n Programmer yang saya ambil juga mempunyai semangat yang sama dengan saya. Saya jangkakan Ordersini akan menjadi lebih gah pada tahun 2020.<\/p>\n <\/p>\n Ini ialah perkara yang paling menarik pada tahun 2019 iaitu menyertai Teraju SUPERB 2019. Orang lain semua bawa produk yang hebat-hebat, saya hanya bawa sistem Ordersini sahaja.<\/p>\n <\/p>\n Berjaya melangkah ke separuh akhir tetapi terkandas untuk ke final. Walaupun gagal di situ, ianya memberi perspektif baharu dalam dunia startup. Sesi bootcamp yang dijalankan juga memberikan ilmu baharu untuk menbina pitch deck & menyampaikan pitching dengan baik.<\/p>\n Perkara yang paling terkesan kepada saya sepanjang program SUPERB 2019 ialah<\/p>\n “Produk yang kita bawa ni biasa-biasa sahaja, ada lagi produk yang 10 kali ganda lebih hebat”<\/em><\/strong><\/p>\n Buktinya ialah 26 pemenang SUPERB 2019 semuanya mempunyai produk & idea yang sangat hebat. Semuanya out of the box dan mereka memang layak untuk menerima dana tersebut.<\/p>\n <\/p>\n <\/p>\n Sebelum sertai SUPERB 2019, saya buat kerja yang lebih gila. Fly dari Sabah ke KL, keesokannya pitching di Cradle Fund jam 11 pagi, kemudian terus balik ke Sabah semula.<\/p>\n 1 hari pergi KL ulang alik naik flight. Tu kerja yang sangat memenatkan!<\/strong><\/p>\n Namun ianya terbalas apabila Ordersini berjaya shortlisted untuk menerima geran daripada Cradle bersama 6 startup lain. Apabila dah shortlisted, makin kerap kena ulang alik Kuala Lumpur untuk serahan dokumen dan interview.<\/p>\n Dapat atau tidak dana tersebut bukan penentu kejayaan Ordersini. Saya perlu pastikan Ordersini mencapai level yang lebih tinggi tahun ini dengan jualan 6 angka. Ianya satu cabaran baru untuk saya dan team Ordersini bagi tahun 2020!<\/p>\n <\/p>\n Tahun 2019 saya mula aktif semula di twitter. Akaun twitter buka masa belajar dulu tahun 2011-2012, tapi tak pernah guna. Jadi tahun 2019 ni saya nak cuba penangan di twitter. Beberapa penulisan saya dah mula viral dan dimasukkan ke dalam blog viral seperti Says & The Vocket.<\/p>\n <\/p>\n <\/p>\n Ini hanyalah cubaan menulis di twitter. Penyampaian di facebook & twitter sangat berbeza, malah market segment pembaca juga berbeza. Ada juga beberapa penulisan yang viral di Facebook tetapi ianya kurang memberi impak seperti yang berlaku di twitter.<\/p>\n Anda boleh ikuti akaun Twitter saya IFFAT SALLEH.\u00a0<\/a><\/p>\n Tahun 2020 nak kena cuba viralkan di instagram pula ke? Instagram ialah salah satu platform yang paling kurang saya buka sejak ianya wujud. Tak pasti kenapa, tetapi saya yakin ianya sukar untuk viral kerana audiens di sana hanya melihat kepada kecantikan luaran. Jadi selebriti & instafamous akan lebih mudah menjadi viral.<\/p>\n Do i need to give it a try?<\/p>\n <\/p>\n Saya buat channel youtube<\/a> bukan untuk ikut orang lain jana income. Saya hanya nak berikan ilmu mengenai website & bisnes di youtube dalam bentuk video. Namun sebelum ni punya la malas nak rakam video.<\/p>\n <\/p>\n Tapi masuk quarter 4 2019, saya dah tekad untuk sediakan 30 minit selepas subuh (lepas baca yaasin & waqiah) untuk hasilkan 1 video tutorial & upload terus ke youtube.<\/p>\n Hasilnya saya berjaya memiliki hampir 50 video di Youtube. Yang lebih menyeronokkan ialah bila subscriber pun rasa video saya membantu mereka nak buat web yang lebih cantik & dengan cara yang lebih mudah difahami. So, matlamat tercapai!.<\/p>\n3. ORDERSINI v2.0<\/h4>\n
4. SUPERB 2019<\/h4>\n
5. KERJA GILA UNTUK CRADLE FUND<\/h4>\n
6. PENULISAN VIRAL TWITTER<\/h4>\n
7. CHANNEL YOUTUBE SENDIRI<\/h4>\n