5 Nasihat Penting Yang Anda Kena Tahu Sebelum Buat Bisnes Online

Written by Iffat Salleh

On 15/12/2019

Zaman sekarang, semua orang nak berniaga & buat bisnes online. Ianya tidak salah, ianya pilihan masing-masing. Namun, banyak seminar bisnes & owner product memberikan signal yang salah kepada orang ramai untuk mula buat bisnes online.

Saya tak akan pernah mendengar saranan daripada seminar bisnes atau owner product untuk mulakan bisnes kerana ianya memang totally signal yang SALAH. Apa yang salah?

Kebanyakan coach dalam seminar & pemilik produk yang nak cari ejen akan minta kita mulakan bisnes dengan ayat berikut:

“Buat la bisnes, tak susah pun, senang je”

“Produk senang dijual, jom mulakan bisnes dengan kos hanya RM50”

Yang lebih parah ialah apabila mereka menggunakan hadis untuk ajak orang berniaga

“9 daripada 10 pintu rezeki adalah daripada perniagaan” or something like that. Ianya tidak salah, hadis tu memang ada tetapi disalah guna dalam konteks nak dapatkan lebih banyak keuntungan dari seminar & pengeluaran stok produk.

Jadi, bagi yang nak mulakan bisnes online, ini ialah 5 Nasihat Penting Yang Anda Kena Tahu Sebelum Buat Bisnes Online

 

1. SANGAT SUSAH NAK SUSTAIN

Nak mula bisnes tak susah mana pun. Daftar SSM, buka akaun bank, buat iklan, terus boleh jadi bisnes. Nampak seperti senang. Di sini selalunya peniaga online tertipu dengan term ‘senang'.

Permulaan bisnes akan jadi senang atas beberapa faktor

a) Orang nak cuba produk
b) Produk baru dalam pasaran, hype lebih membuatkan orang nak try
c) Friendlist tak pernah membeli dengan anda, jadi dia nak try beli
d) Friendlist tak pernah tengok anda menjual, tiba-tiba anda buat iklan, dia rasa nak beli

Nampak keyword dalam senarai di atas? Ianya berkenaan CUBA & TRY produk.

Selepas 1 bulan pertama, orang dah puas mencuba, maka akan berlaku customer churn (Pembeli stop membeli). Pembeli akan berhenti mencuba dan akan beli produk ornag lain pula. Either mereka menyampah dengan produk anda jual atau mereka menyampah dengan anda, salah satu 😂

Masalah akan berlaku apabila dah tak ada pembeli. Anda akan iklan lebih kerap sampai rasa bosan dan tensen. Ketika itu, anda rasa seperti memerlukan tonik baru dan nak pergi belajar ilmu baharu. Maka coach yang mengajak anda buat bisnes tadi akan menjadi rujukan anda semula. Siapa untung?

Bisnes apa pun, semuanya susah nak sustain kerana ianya berkait rapat dengan customer service. Jadi perkara utama dalam bisnes bukan menjual tetapi menjaga pelanggan. Selagi mereka sukakan produk & penjualnya, mereka akan terus membeli dengan senang hati.

 

2. KENA KREATIF DALAM SEGALA HAL

Menjual kali pertama akan kelihatan senang (ini kali kedua saya ulang), namun apabila da masuk level ‘tepu', anda dah kena mula jadi lebih kreatif untuk dapatkan sales. Kreativiti tidak akan muncul atau lahir secara automatik, ianya memerlukan latihan kreativiti berterusan. Tambahan pula ianya berkaitan marketing, menjadikannya lebih sukar untuk diaplikasikan dalam perniagaan.

Anda kena tahu segalanya tentang produk. Kegunaan, kelebihan, efek sampingan, bahan digunakan, formulasi, bla bla bla. Semua kena tahu. Bila dah tahu semua, baru boleh nak jadi kreatif.

Salah satu cara nak jadi kretif ialah dengan menghasilkan iklan dalam 2 rangka:

a) Rangka positif – lebih tekankan kepada kelebihan produk untuk jadi lebih baik
b) Rangka negatif – Lebih tekankan kepada masalah yang dihadapi oleh prospek

Nak belajar mengenai rangka iklan & menjadi lebih kreatif, boleh download ebook percuma PERSONA PELANGGAN.

 

3. PERSAINGAN & COPYCAT MESTI ADA

“market dah tepu, banyak sangat pesaing” – kata-kata ejen yang fed up

Copycat & persaingan mesti ada. Dulu Ebay pun ada copycat, sekarang Airbnb pun ada copycat. Semua bisnes mesti ada persaingan untuk membuktikan bahawa idea bisnes tersebut mempunyai demand & boleh jual di pasaran.

Kalau anda nak jadi one of its kind, please be genius seperti Elon Musk. Kalau tidak genius, cukup sekadar menjadi pesaing terbaik untuk produk lain sahaja sudah memadai.

Apabila muncul lebih banyak pesaing, anda tidak perlukan strategi baru untuk menjual, anda hanya perlu menjaga pelanggan sedia ada sahaja supaya mereka tidak membeli produk pesaing. Jadi, product research & development  (R&D) kena sentiasa berterusan untuk memastikan pelanggan sentiasa sukakan produk anda (see, buat bisnes online ni tak mudah beb)

Untuk mendapatkan idea bagaimana nak cipta produk terbaik untuk pelanggan, anda boleh baca buku Lean Startup yang ditulis oleh Eric Reis. Buku ni akan ajar anda hasilkan produk dengan konsep MVP (minimum viable product). Apa perspektif yang anda boleh upgrade dalam produk untuk jadi lebih baik dan disukai pelanggan? Semuanya diajar dalam buku tersebut.

Berikut ialah salah satu gambar rajah berkaitan MVP yang dijadikan rujukan oleh peniaga seluruh dunia.

 

4. RUJUK BIG PLAYER

Bila anda nak mulakan bisnes, pastikan anda ada rujukan. Rujukan boleh jadi company besar, top ejen, oversea brand dan seangkatan dengannya. Kenapa perlu ada rujukan?

Rujukan akan memudahkan kerja anda buat marketing. Anda hanya perlu ikut apa yang mereka lakukan sahaja. Selalunya big player ni akan ada kalendar marketing mereka sendiri. Mereka akan hasilkan kempen pemasaran bagi setiap perayaan, cuti sekolah, hari gaji dan sebagainya.

Anda hanya perlu ikut apa yang mereka lakukan. Senang kan?

Walaubagaimanapun, ada beberapa kriteria untuk pemilihan sumber rujukan:

a) Niche yang sama
b) Produk yang hampir sama
c) Misi & Visi syarikat yang sama
d) Target Market yang sama

Sebaiknya anda pilih yang mempunyai target market yang sama kerana ianya lebih mudah untuk menjana jualan. Namun kriteria lain juga masih kuat untuk dijadikan sumber rujukan bisnes anda.

 

5. GO FOR FUNDABLE & BANKABLE BUSINESS

Tak semua bisnes mempunyai masa depan yang cerah. Lihat sahaja beberapa produk viral yang wujud sejak 2017 sehingga sekarang, di mana produk tu sekarang?

Di Farmasi pun tidak ada, di 7E pun tak ada, di kedai runcit pun tak ada. Semuanya dah hilang selepas beberapa ketika. Bisnes model mereka tidak boleh sustain lebih 6 bulan. Hanya bergantung kepada virality sahaja memang tidak akan bertahan lama bak kata orang bisnes

“Cepat panas, cepat sejuk. Cepat naik, cepat jatuh” – Anonymous

Ianya terbukti benar, kan?

Untuk memulakan suatu bisnes atau startup, anda memerlukan bisnes model yang kukuh. Sebaiknya, bisnes anda perlulah fundable & bankable. 2 kriteria ini akan menjadikan bisnes anda lebih kukuh dan senang buat duit dalam tempoh masa yang panjang.

a) Fundable – Layak diberi dana

Pihak pemberi dana seperti Angel Investors, Venture Capital (VC) dan agensi kerajaan sentiasa mencari idea bisnes yang layak diberikan dana. Namun bukan semua bisnes boleh diberi dana kerana da beberapa kriteria yang perlu dilepasi terlebih dahulu. Mereka akan lihat pelbagai aspek sebelum memberikan dana kewangan seperti target market, penyelesaian masalah, projection, traction dan sebagainya.

Saya akan huraikan nanti dalam artikel akan datang. Sila subscribe email anda di bawah untuk notifikasi artikel terbaru.

b) Bankable – Mampu buat keuntungan

Salah satu kriteria penting untuk mendapatkan dana ialah mestilah mampu membuat keuntungan. Pihak pemberi dana juga menjadikan ini sebagai kriteria utama untuk mereka memberi dana. Selalunya mereka mahukan 10 kali ganda pulangan dari setiap dana yang diberikan.

Sebelum memulakan bisnes online, pastikan anda buat kajian terlebih dahulu mengenai kriteria yang saya berikan di atas. Ianya penentu kemandirian bisnes anda dalam tempoh yang panjang dan menguntungkan.

 

Kesimpulan

Once again, memulakan bisnes online bukan suatu yang mudah. Jangan terlalu percayakan coach seminar, sifu self-proclaimed atau owner product yang nak keuntungan semata-mata. Anda kena belajar dengan orang yang betul, cara yang betul dan buat bisnes dengan cara yang betul.

Goodluck untuk bisnes online anda!

Ps: Jangan lupa subscribe email anda untuk notifikasi artikel terbaru setiap minggu.

Isikan Nama & Email Anda Untuk Notifikasi Artikel Baru.



Anda Mungkin Nak Baca Ni..

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.