8 Sumber Terbaik Untuk Anda Tingkatkan Kemahiran Bisnes & Dapatkan Certificate

Written by Iffat Salleh

On 24/08/2019

Ramai orang nak belajar tetapi berhadapan dengan masalah sumber yang terhad.

Saya tidak pergi mana-mana kelas atau seminar bisnes berbayar sejak 2015, semuanya hanya belajar secara online sahaja.

Namun anda akan berhadapan dengan masalah jika anda cuba belajar dari sumber yang tidak mempunyai kredibiliti seperti blog yang ditulis oleh orang bukan usahawan.

Percaya cakap saya!

Hampir 70% blog ditulis oleh bukan pakar bidang dan mereka menulis semata-mata untuk naikkan ranking dan jana income daripada adsense. Jadi sebaiknya anda belajar dari pakar bidang atau orang yang sememangnya berkelayakan dalam bidang yang anda nak belajar.

Berikut saya berikan 8 Sumber Terbaik Untuk Anda Tingkatkan Kemahiran Bisnes & Dapatkan Certificate yang saya sendiri guna sejak 2015.

1. Digital Marketer

Ini ialah tempat saya menerima 3 certificate dalam digital marketing dan ini juga merupakan tempat pertama yang saya belajar segalanya tentang marketing. Walaupun daripada blogpost & ebook percuma yang mereka berikan di sana, ia sangat membantu untuk mengharungi bisnes dalam skala kecil & besar.

Bukan itu sahaja, otai sifu di Malaysia juga menjadikan web DM ini sebagai rujukan utama mereka dalam bisnes.

The best part dalam web ni ialah anda akan belajar customer journey yang sangat mudah difahami. Ebook pertama dan funnel pertama saya juga hanya ikut sebiji-sebiji apa yang diajar dalam web Digital Marketer. Anda boleh baca & download di sini

Blog Funnel

2. Hubspot

Hubspot ialah hub utama untuk usahawan seluruh dunia. Bukan sekadar artikel, mereka juga menyediakan pelbagai sistem untuk membantu usahawan memiliki bisnes yang mudah diuruskan.

Kebanyakan artikel hubspot ditulis berdasarkan pengalaman mereka sendiri, jadi segala trick & strategi yang diberikan merupakan ilmu yang proven & berkesan. Hubspot juga menyediakan course dan memberikan certificate selepas anda selesai menghadiri course tersebut.

3. Coursera

Coursera ialah laman web yang dibuat untuk kolej & universiti meletakkan course mereka di situ. Jadi course yang diajar dalam coursera ialah course yang bagus kerana dihasilkan oleh professor yang berkelayakan. Jika anda nak tingkatkan kemahiran dalam bisnes atau apa sahaja bidang, semuanya boleh diperolehi di coursera.

4. Udemy

Ini ialah web yang sememangnya popular di seluruh dunia dengan jutaan course telah dijual di sana. Saya juga dah beli lebih 30 course bisnes di Udemy dan semuanya diajar oleh orang berkelayakan. Kelebihan udemy ialah mereka sering melakukan offer dengan memberikan beberapa course secara percuma setiap bulan. 

Jadi anda boleh buka akaun dan tunggu course percuma yang ditawarkan oleh pihak Udemy. Jangan risau, walaupun diberikan percuma, ianya masih diajar oleh orang yang berkelayakan.

5. Codeacademy

Codeacademy ialah tempat saya belajar bina website menggunakan coding dan kelahiran Ordersini juga bermula dari sana. Malah programmer Ordersini juga belajar di web Codeacademy ni.

Anda boleh belajar pelbagai language programming yang disediakan di codeacademy dan mendapatkan bantuan jika menghadapi kesilapan dalam coding anda. Codeacademy juga memberikan course percuma untuk basic, jadi anda boleh belajar asas coding tanpa keluarkan sebarang wang.

6. Skillshare

Skillshare ialah laman web yang sedang meningkat naik. Laman web ini menekankan kepada kepelbagaian kemahiran yang diajar oleh sesiapa sahaja. Bukan sekadar bisnes, anda boleh belajar cara buat kraf dan menjahit di skillshare. Semuanya ada di sana.

7. WP Beginner

Ini ialah blog wajib untuk semua pengguna wordpress. Anda akan berasa kagum dengan laman web WP beginner selepas anda menerima banyak tips dan artikel yang dihantar setiap hari ke email anda.

WP Beginner dikhaskan untuk pengguna wordpress sahaja. Semua artikel di web ini berkaitan penggunaan wordpress merangkumi theme & plugin terbaik yang boleh digunakan. 

Sebagai usahawan yang memiliki laman web berasaskan wordpress, blog ini merupakan rujukan utama anda.

8. IM Lejen

Ini ialah komuniti yang baru diwujudkan di Malaysia oleh 2 orang digital marketer terkenal Rashvin & Wazeen Azizan. Ianya satu platform yang anda boleh belajar pelbagai ilmu & dapatkan pelbagai software yang bersesuaian dengan bisnes anda.

Kelebihan IM Lejen ialah semuanya diajar dalam bahasa melayu, jadi lebih mudah anda faham perkara yang diajar. Malah mereka juga sediakan group khas untuk semua ahli, jadi boleh tanya pelbagai soalan berkaitan bisnes.

Boleh dapatkan info lanjut di sini (hanya boleh dibuka selepas 26hb Ogos)

Info Lanjut IM Lejen

Kesimpulan

Anda boleh belajar di mana sahaja yang anda suka dan selesa. Jika anda lebih suka pergi seminar, silakan. Tiada halangan. Jika anda suka belajar online, gunakan 8 sumber yang saya berikan di atas.

Belajar itu satu perkara lain, aplikasi dan amalkan ilmu satu perkara yang lebih penting untuk dilakukan. Jangan dilihat sebanyak mana anda belajar, tapi lihat sebanyak mana ilmu yang anda dah amalkan dan aplikasi dalam bisnes.

Goodluck!

Isikan Nama & Email Anda Untuk Notifikasi Artikel Baru.



Anda Mungkin Nak Baca Ni..

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.